Program Ziarah Gelanggang Silat-Persatuan Seni Silat HULUBALANG




Program Ziarah Gelanggang Silat oleh YBhg Datuk Seri Haji Mohamad Ali bin Haji Mohamad YDP Pesaka Melaka

Persatuan Seni Silat HULUBALANG
Tarikh : 27/08/2023
Masa : 09:00Malam
Lokasi : Padang Temu


Seni Silat Warisan Hulubalang Melaka dikatakan berasal daripada permainan Laksamana Hang Tuah lima bersaudara yang terkenal sebagai Hulubalang Kesultanan Melaka. Silat ini telah diturunkan dari generasi ke generasi sehingga sampai kepada seorang pendekar bernama Husin Cengkok yang berasal Kampung Pengkalan BalakMelaka. Selepas itu, silat ini telah diwariskan kepada Mat Aris Raja Burung.


Mat Aris Raja Burung pula telah menurunkan ilmu persilatan ini kepada Haji Sotin bin Mohd Ali. Pada tahun 1983, Haji Sotin telah membuka gelanggang di Kampung Padang Temu, Melaka. Setelah, Haji Sotin kemali ke Rahmatullah pada 26hb Ogos 1991, perguruan ini dipertanggungjawabkan pula kepada menantu beliau iaitu Guru Abas bin Bahaman.














Comments

Popular posts from this blog

JAWATANKUASA PESAKA MELAKA 2022-2024

CADANGAN KURSUS WASIT JURI TAHAP 3, 2, & 1 KEBANGSAAN DAN TRAIN OF TRAINERS (TOT)