Posts

Program Ziarah Gelanggang Silat-Persatuan Seni Silat HULUBALANG

Image
Program Ziarah Gelanggang Silat oleh YBhg Datuk Seri Haji Mohamad Ali bin Haji Mohamad YDP Pesaka Melaka Persatuan Seni Silat HULUBALANG Tarikh : 27/08/2023 Masa : 09:00Malam Lokasi : Padang Temu Seni Silat Warisan Hulubalang Melaka dikatakan berasal daripada permainan Laksamana  Hang Tuah  lima bersaudara yang terkenal sebagai Hulubalang  Kesultanan Melaka . Silat ini telah diturunkan dari generasi ke generasi sehingga sampai kepada seorang pendekar bernama Husin Cengkok yang berasal  Kampung Pengkalan Balak ,  Melaka . Selepas itu, silat ini telah diwariskan kepada Mat Aris Raja Burung. Mat Aris Raja Burung pula telah menurunkan ilmu persilatan ini kepada Haji Sotin bin Mohd Ali. Pada tahun 1983, Haji Sotin telah membuka gelanggang di  Kampung Padang Temu, Melaka . Setelah, Haji Sotin kemali ke Rahmatullah pada 26hb Ogos 1991, perguruan ini dipertanggungjawabkan pula kepada menantu beliau iaitu Guru Abas bin Bahaman.

CADANGAN KURSUS WASIT JURI TAHAP 3, 2, & 1 KEBANGSAAN DAN TRAIN OF TRAINERS (TOT)

Image
CADANGAN KURSUS WASIT JURI TAHAP 3, 2, & 1 KEBANGSAAN DAN TRAIN OF TRAINERS (TOT) Assalamualaikum wbt. PESAKA MELAKA melalui Biro Teknikal PESAKA Melaka bercadang untuk menganjurkan Kursus Wasit Juri Tahap 3, 2 & 1 Kebangsaan (peraturan baru) dan Train Of Trainers pada ketetapan berikut; Tarikh     : 6, 7 & 8 Oktober, 2023 Masa      : 8.00 pg - 5.00 ptg Tempat  : Baitul Tariq Klebang Melaka. Bayaran : RM30.00 seorang OBJEKTIF KURSUS • Memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan terhadap undang-undang dan peraturan baru Silat Tanding dan Silat Seni kepada kesemua Wasit & Juri sedia ada dan kepada kesemua Tenaga Pengajar wakil dari setiap Perguruan agar turut sama memahaminya. • Memberi peluang kepada kesemua Wasit & Juri yang memegang sijil Kelas Negeri agar dapat dinaikkan taraf ke  Kelas 3, 2 @ 1 Kebangsaan. • Mengwujudkan keseimbangan tahap pembelajaran atau latihan yang lebih berkualiti dan sistem metik di gelanggang² setiap Per...

CADANGAN PENUBUHAN DEWAN PERGURUAN PESAKA MELAKA

Image
  (Kertas kerja ini disediakan oleh Encik Sham Mohd Ghani bagi tujuan mendapat kelulusan Exco  Pesaka Melaka pada Mesyuarat Exco Pesaka Melaka pada 06 September 2023) 1. PENGENALAN Guru adalah elemen yang sangat penting di dalam ilmu persilatan di Nusantara, peranan guru sangat besar dalam menurunkan ilmu persilatan atau ilmu kependekaran kepada penuntut-penuntut mereka. Pembentukan gerak langkah ilmu persilatan seseorang murid akan mencerminkan nilai dan kualiti seseorang guru silat. Selain dari mengajar silat, guru juga memainkan peranan dalam membentuk keperibadian dan disiplin seseorang penuntut malah jauh dari itu kebanyakkan guru juga ada mengajar ilmu agama khususnya ilmu tauhid kepada penuntut mereka. Maka setiap aliran persilatan akan dinamakan dengan PERGURUAN dan setiap perguruan itu mempunyai salah silah yang tertentu sehingga kepada pengasas atau pencipta sesuatu persilatan tersebut. Warisan turun temurun yang diperolehi dari guru-guru terdahulu akan diperturunkan...

Program Ziarah Gelanggang Silat oleh YBhg Datuk Seri Haji Mohamad Ali bin Haji Mohamad YDP Pesaka Melaka

Image
  Datuk Seri Haji Mohamad Ali bin Muhamad YDP PESAKA MELAKA Assallammualaikum dan Salam Sejahtera Program Ziarah Gelanggang Silat oleh YBhg Datuk Seri Haji Mohamad Ali bin Haji Mohamad YDP Pesaka Melaka akan diadakan seperti berikut untuk bersilaturrahim dan merapatkan ukhuwah sesama kita dikalangan warga silat Melaka. 1. PSS HULUBALANG Tarikh : 27/08/2023 Masa : 09:00Malam Lokasi : Padang Temu 2. PSS CEKAK MALAYSIA CAW MELAKA Tarikh : 1/9/2023 @ Jumaat Masa : 9.30 Malam Lokasi : Serkam Merlimau 3. PSS GERAK TEPAT Tarikh : 09/09/2023 | SABTU Masa : 9.00 mlm Lokasi : GELANGGANG BERANGAN ENAM 4. PERTUBUHAN SENI GAYUNG FATANI MELAKA Tarikh : 22/09/2023 | Jumaat Masa : 9.00 Malam Lokasi : Jalan Kampung Jus Permai Selandar 5. PSSP 3 SERANGKAI Tarikh : 23/09/2023 | Sabtu Masa : 9.30 Malam Lokasi : No.8, KJ52 Taman Krubong Jaya 6. PSS ...

MESYUARAT EXCO PESAKA MELAKA BIL 3/2023

Image
  Perkara             : Mesyuarat Exco Pesaka Melaka Bil                    : 2/2023 Tarikh               : 16 hb Ogos 2023 (Rabu) Masa                : 9.00 malam Lokasi             :  Baitul Tariq Melaka Pengerusi      : Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohamad                           Yang DiPertua Pesaka Melaka

Kursus Train of Trainers (TOT) dan Wasit Juri Tahap 3, 2 dan 1 Kebangsaan (peraturan baru)

Image
Assalamualaikum wbt. PESAKA MELAKA akan menganjurkan Kursus Train of Trainers (TOT) dan Wasit Juri Tahap 3, 2 dan 1 Kebangsaan (peraturan baru) pada ketetapan berikut: Tarikh: 27 - 30 Julai 2023 Tempat: Kompleks Rakan Muda Alor Gajah, Melaka Bayaran: RM150.00 seorang Link pendaftaran: https://forms.gle/45DjCQpuYm6UFpG86 Keperluan yg disediakan  1.Penginapan 2.Makan dan minum 3.Tenaga pengajar yg bertauliah 4.Sijil penyertaan dan sijil lulus 5.buku tugasan 6.lencana 7.nota mengenai kursus 8.sehelai tshirt Perserta perlu membawa uniform silat / uniform wj, pakaian sukan dan kasut. Kpd yg berminat boleh mendaftar di link e-form yang diberikan. Tempat adalah terhad.  Sekian terima kasih.

Majlis Penyerahan Bendera

Image
 23.2.2023 Alhamdulillah, Majlis Penyerahan Bendera disampaikan Ybhg Yang Dipertua Pesaka Melaka Datuk Seri Mohamad Ali bin Mohamad, turut hadir sama Timbalan YDP, Prof Madya Dr Mohd Ariff, Naib YDP Datuk Dr Mohd Hajar Hasrol, Setiausaha Agong Pesaka Puan Bibi serta barisan Exco - exco untuk Team Melaka ke Sarawak Primier International Silat Championship 2023 Semoga kemenangan buat Team Negeri Melaka.