CADANGAN PENUBUHAN DEWAN PERGURUAN PESAKA MELAKA
(Kertas kerja ini disediakan oleh Encik Sham Mohd Ghani bagi tujuan mendapat kelulusan Exco Pesaka Melaka pada Mesyuarat Exco Pesaka Melaka pada 06 September 2023)
1. PENGENALAN
Guru adalah elemen yang sangat penting di dalam ilmu persilatan di Nusantara,
peranan guru sangat besar dalam menurunkan ilmu persilatan atau ilmu
kependekaran kepada penuntut-penuntut mereka. Pembentukan gerak langkah ilmu
persilatan seseorang murid akan mencerminkan nilai dan kualiti seseorang guru silat.
Selain dari mengajar silat, guru juga memainkan peranan dalam membentuk
keperibadian dan disiplin seseorang penuntut malah jauh dari itu kebanyakkan guru
juga ada mengajar ilmu agama khususnya ilmu tauhid kepada penuntut mereka.
Maka setiap aliran persilatan akan dinamakan dengan PERGURUAN dan setiap
perguruan itu mempunyai salah silah yang tertentu sehingga kepada pengasas atau
pencipta sesuatu persilatan tersebut. Warisan turun temurun yang diperolehi dari
guru-guru terdahulu akan diperturunkan kepada generasi baru dan ianya akan terus
hidup dan berkembang.
Guru-guru akan membimbing anak-anak murid mereka menjadi seorang yang memiliki
peribadi dan jati diri yang berkualiti disamping memelihara kehebatan warisan
persilatan melayu yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita. Ilmu persilatan dan
kependekaran sesebuah aliran akan mula terhakis dan akhirnya akan terkubur jika
tiada guru yang memperjuangkan perguruan silat tersebut untuk terus diwarisi oleh
anak bangsa ditanah air ini.
Maka sudah semestinya peranan dan fungsi guru-guru silat perlu diberikan satu
kedudukan yang penting didalam PESAKA Melaka agar agar kualiti dan kehebatan silat
dapat terus dikekalkan disamping memelihara perpaduan dikalangan perguruan-
perguruan atau pertubuhan-pertubuhan yang ada didalam badan gabungan PESAKA
MELAKA.
2.0 OBJEKTIF
Menubuhkan sebuah majlis atau badan yang disebut sebagai Dewan Perguruan Silat
Pesaka Negeri Melaka.
3.0 FUNGSI DAN PERANAN
3.1 Mewujudkan suatu pemuafakatan dikalangan perguruan atau pertubuhan silat
di dalam gabungan Pesaka Melaka dan Negeri Melaka amnya supaya penyatuan
dan keharmonian warga silat dapat dipelihara dan dikekalkan sebaik-baiknya.
3.2 Mengawal selia atau memerhati tindak tanduk perguruan atau pertubuhan silat
termasuk ahli-ahli atau anak-anak muridnya supaya tidak melakukan sebarang
aktiviti atau tingkahlaku yang akan mencemarkan nama baik Pesaka Melaka atau
nama baik dunia persilatan di dalam negeri Melaka.
3.3 Memberi pandangan dan pendapat kepada Pesaka Melaka untuk mengambil
apa-apa tindakan yang sesuai bagi memastikan warisan silat di negeri Melaka
terus terpelihara dan berkembang maju demi melahirkan generasi yang
mempunyai jati diri yang mulia.
3.4 Memberi pandangan dan pendapat atau cadangan kepada Pesaka Melaka
terhadap tindakan yang perlu diambil kepada perguruan atau pertubuhan silat
atau ahli-ahlinya atau anak-anak muridnya yang mengingkari peraturan dan
undang-undang yang telah ditentukan oleh Pesaka Melaka atau Pesaka Malaysia
atau kerajaan negeri atau kerajaan Malaysia.
3.5 Mengadakan perhubungan dikalangan guru-guru silat didalam negeri Melaka
dan mengumpulkan maklumat-maklumat yang berkaitan dari guru-guru silat
tersebut untuk dikongsikan bersama Pesaka Melaka. Maklumat-maklumat
tersebut akan dianalisa untuk tindakan-tindakan Pesaka Melaka.
3.6 Memberi cadangan atau pendapat kepada PESAKA MELAKA apa-apa polisi atau
undang-undang atau peraturan-peraturan yang dapat memelihara kualiti dan
keaslian seni silat melayu sesuai dengan nilai-nilai islam dan jatidiri orang
melayu.
4.0 ANGGOTA DEWAN PERGURUAN
4.1 Keanggotaan DEWAN PERGURUAN PESAKA MELAKA hendaklah terdiri dari
kalangan guru-guru silat yang telah berkecimpung di dalam dunia persilatan
tidak kurang dari 20 tahun dan telah terlibat secara langsung didalam mengajar
dan melatih anak-anak murid sepanjang mereka berada dalam alam persilatan
dinegeri melaka atau mana-mana negeri didalam dan diluar negara.
4.2 Mereka hendaklah seorang yang di iktiraf sebagai guru yang sah oleh perguruan
atau persatuan mereka dan diakui oleh PESAKA MELAKA tentang kesahihan taraf
atau status jawatan guru yang mereka sandang.
4.3 Hanya guru yang tertinggi sahaja yang layak untuk menjadi anggota Dewan
Perguruan Pesaka Melaka, ini bermakna timbalan-timbalan guru, pembantu-
pembantu guru, gurulatih atau jurulatih atau wakil-wakil guru adalah tidak layak
untuk menjadi anggota dewan perguruan.
4.4 Keanggotan Dewan Perguruan akan dipiliih dan dilantik dari kalangan
perguruan-perguruan atau persatuan-persatuan yang bergabung dengan
PESAKA MELAKA.
4.5 Anggota-anggota Dewan Perguruan akan dipilih dan dilantik oleh EXCO PESAKA
MELAKA melalui mesyuarat EXCO dimana calon-calon akan dicadangkan
mengikut kelayakan seperti perkara 4.1 hingga 4.4 diatas.
4.6 PESAKA MELAKA boleh menggugurkan keanggotan mana-mana guru jika
sekiranya terbukti bahawa guru tersebut terlibat dengan salah laku yang
membabitkan hukum-hakam agama dan undang-undang atau kanun negara.
4.7 Tempoh perlantikan anggota Dewan Perguruan adalah mengikut tempoh
perlantikan exco Pesaka Melaka didalam mesyuarat agong. Ini bermakna setiap
kali pemilihan exco baru di adakan, maka pemilihan dan perlantikan anggota
dewan perguruan akan diperbaharui.
4.8 Keanggotan guru didalam Dewan Perguruan akan tergugur secara automatik jika
sekiranya mereka meninggal dunia, atau mereka tidak aktif didalam dunia
persilatan atau mereka tidak hadir sebanyak lebih 3 kali didalam mesyuarat
khusus Dewan Perguruan tanpa notis yang munasabah.
4.9 Anggota Dewan Perguruan boleh juga memegang jawatan Exco di dalam Pesaka
Melaka atau Pesaka Malaysia.
5.0 MESYUARAT DEWAN PERGURUAN DAN AHLI-AHLI MESYUARAT
5.1 Semua anggota dewan perguruan adalah ahli-ahli mesyuarat Dewan Perguruan
PESAKA MELAKA
5.2 Yang di Pertua, Timbalan YDP dan Setiausaha Agong PESAKA MELAKA juga
adalah ahli mesyuarat Dewan Perguruan PESAKA MELAKA.
5.3 Korum mesyuarat hendaklah tidak kurang dari 2/3 dari jumlah anggota Dewan
Perguruan.
5.4 Guru perlu memberi notis kepada YDP atau SUA Pesaka Melaka jika sekiranya
tidak dapat hadir mesyuarat Dewan Perguruan dan tidak boleh menggantikan
wakil.
5.5 Kekerapan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 bulan sekali.
5.6 Seorang Pengerusi Mesyuarat dan seorang Pencatiti Minit perlu di lantik oleh
anggota Dewan Perguruan bagi mempengerusi mesyuarat. Seorang Pengerusi
Mesyuarat bukanlah Pengerusi Dewan Perguruan beliau hanyalah pengerusi
yang mengendalikan mesyuarat tersebut.
5.7 Mesyuarat Dewan Perguruan hendaklah diadakan berasingan dengan mesyuarat
Exco Pesaka . Ianya tidak boleh dijalankan bersama-sama dengan mesyuarat
Exco atau Bersama-sama dengan exco Pesaka yang bukan anggota Dewan
Perguruan.
6.0 TANGGONG JAWAB ANGGOTA DEWAN PERGURUAN
6.1 Hendaklah sentiasa memelihara tingkah laku dan tutur kata agar kewibawaan
dan reputasi seorang guru silat itu tidak tercemar dan terjejas.
6.2 Sentiasa menjaga keharmonian hubungan sesame anggota dewan perguruan
dan elakkan sebarang bentuk persengketaan.
6.3 Hendaklah menjaga kerahsiaan perbincangan dan keputusan mesyuarat dewan
perguruan terutamanya hal-hal yang melibatkan keselamatan dan maruah
Pesaka Melaka atau pesilat-pesilat.
6.4 Tidak terlibat dengan jenayah dan melanggar peraturan dan undang-undang
negara.
6.5 Sentiasa berlaku adil dan saksama di dalam menentukan hukuman terhadap
orang yang tertuduh.
6.6 Terus Bersama-sama Pesaka Melaka mengembangkan ilmu persilatan dan
melibatkan diri secara langsung didalam program-program atau akitivi-aktiviti
yang dianjurkan oleh Pesaka Melaka atau ahli-ahli gabungan.
7.0 HAL-EHWAL PEMERHATIAN DAN TANGGUNG JAWAB
7.1 Kebajikan Guru-guru, Jurulatih/Gurulatih dan pesilat-pesilat.
7.2 Disiplin dan adab pesilat serta jurulatih/gurulatih pesilat.
7.3 Perhubungan dan Kerjasama diantara guru-guru silat di dalam dan di luar negeri
Melaka.
7.4 Maruah dan nama baik dunia/alam persilatan di negeri Melaka.
7.5 Darjat dan martabat silat di dalam dan diluar negara.
7.6 Kemajuan dan perkembangan dunia persilatan di negeri Melaka.
8. PENUTUP
Penubuhan DEWAN PERGURUAN PESAKA MELAKA akan memberikan faedah dan
menafaat kepada dunia persilatan di negeri Melaka samada silat warisan atau pun
silat olahraga. Ianya bukan sahaja memberikan kebaikan kepada PESAKA MELAKA
malah kepada guru-guru, jurulatih-jurulatih dan pesilat-pesilat di dalam negeri
Melaka.
Semoga penubuhannya dapat di realisasikan seperti Dewan Pendekar yang pernah
ada di dalam Pesaka
Comments
Post a Comment